
stok tersedia
Aku Bebas, Tapi Sampai Mana?
Buku utama tentang kebebasan, akar pemikirannya dan bagaimana seorang Muslim menilainya.
Sedia dihantar · caj courier dikira semasa checkout
islam · pemikiran · isu semasa
Buku, ebook dan tulisan tentang Islam, pemikiran dan dunia yang kita hidup hari ini. Untuk yang suka bertanya, mencabar idea dan mencari jawapan.
kamus pemikiran
Cari istilah pemikiran dan bandingkan maknanya melalui kerangka Islam—tanpa perlu menunggu sampai hujung halaman.
buku & ebook
Buku utama pilihan Rak Pemikir untuk dibaca, difikirkan dan dibincangkan bulan ini.

stok tersedia
Buku utama tentang kebebasan, akar pemikirannya dan bagaimana seorang Muslim menilainya.
Sedia dihantar · caj courier dikira semasa checkout
terbitan lain
Semua judul dalam satu barisan. Swipe untuk melihat yang seterusnya.

buku fizikal prapesanan · ebook berbayar
Dua belas istilah wahyu dibawa ke bilik soal siasat—apa maknanya, apa tuduhannya dan dengan ukuran apa ia dinilai?

isu semasa · pemikiran islam · ebook percuma
Hijab, pembentukan masyarakat dan kuasa yang sepatutnya melindungi ketaatan.

preview percuma · ebook berbayar
Gelagat manusia yang dekat dengan hidup kita—daripada ketawa melihat orang lain kepada memeriksa diri sendiri.

bacaan ringan · ebook percuma
Tujuh ayat biasa yang mungkin sedang mengubah cara kita melihat Islam—tanpa kita sedari.

ilmiah santai · ebook percuma
Cara membaca masa lalu sebelum menggunakannya untuk memahami hari ini.

buku fizikal · stok tersedia
Buku utama tentang kebebasan, akar pemikirannya dan bagaimana seorang Muslim menilainya.
katalog lengkap
Lihat kategori, format dan pilihan bacaan yang tersedia.
catatan penulis · pemikiran · catatan pertama
Aku selalu rasa liberalisme ni antara masalah yang dah lama ada dalam masyarakat, tapi ramai orang tak betul-betul mahu bercakap tentangnya. Bukan sebab semua orang setuju dengannya. Kadang-kadang sebab kita sendiri tak pasti apa benda yang sedang kita setuju atau tolak.
Perkataan ‘liberal’ pun kadang-kadang digunakan macam label kecemasan. Bila tak suka seseorang, terus cop liberal. Bila nampak benda pelik, liberal. Bila anak tak mahu makan sayur pun hampir-hampir liberal juga.
Masalahnya, bila istilah itu terlalu mudah digunakan, kita akhirnya tak memahami pemikiran di belakangnya. Aku semakin risau bila sedar banyak idea yang datang daripada liberalisme sebenarnya sudah masuk dalam cara kita bercakap, menilai baik buruk, memahami kebebasan, agama, hak individu dan kehidupan — kadang-kadang tanpa kita sedar pun dari mana asalnya.
Dari situlah aku mula rasa macam kena buat sesuatu. Tak ada siapa suruh. Tak ada surat lantikan. Tak ada elaun khas ‘Unit Menyelamatkan Masyarakat Daripada Kekeliruan Pemikiran’. Tapi entah macam mana, aku rasa terpanggil untuk membaca, menulis, menyediakan bahan dan membuka ruang diskusi.
Buat masa ini, diskusi itu masih kecil. Circle kecil. Beberapa orang duduk, baca, fikir, tanya, setuju, tak setuju, kemudian fikir lagi. Tapi aku berharap circle kecil itu akan membesar.
Bukan semata-mata menjadi komuniti pembaca. Aku mahu ia menjadi ruang untuk kita belajar berfikir dengan lebih jernih, saling menguatkan, saling menegur, dan membina support system dalam perjuangan memahami serta membawa Islam dalam kehidupan.
Sebab akhirnya, tujuan semua ini bukan nak menang debat. Bukan nak nampak paling pandai. Bukan juga nak kumpul koleksi istilah falsafah sampai boleh buat orang sebelah meja hilang selera makan.
Kita cuma mahu mencari kebenaran, berpegang kepadanya, dan berjalan bersama-sama menuju satu tujuan yang jauh lebih besar: mencari redha Allah.
tentang penulis
S. Abu Anas menulis tentang Islam, pemikiran dan isu semasa dalam bahasa yang santai, ilmiah dan dekat dengan kehidupan harian.
Fokus tulisannya ialah membantu pembaca mengenali cara fikir yang membentuk pilihan manusia, kemudian menilainya dengan neraca Islam.
penerbit & support
Rak Pemikir ialah platform penerbitan bebas untuk buku, ebook dan tulisan tentang Islam, pemikiran dan isu semasa.
ikuti perkembangan