Mockup ebook Bagaimana Hijab Menjadi Musuh

Isu semasa · Pemikiran Islam · Ebook percuma

Bagaimana Hijab Menjadi Musuh

Hijab, pembentukan masyarakat dan kuasa yang sepatutnya melindungi ketaatan.

Tentang ebook ini

Sinopsis

Mengapa sehelai hijab boleh dianggap masalah sehingga seorang pelajar dihalang masuk ke sekolah atau dewan peperiksaan? Buku ini bermula dengan persoalan itu, kemudian menunjukkan bahawa pertikaian tentang hijab jarang berhenti pada pakaian. Di belakangnya ada persoalan yang lebih besar: kedudukan agama dalam kehidupan, ukuran kemajuan dan siapa yang berkuasa menetapkan batasnya.

Melalui contoh dari Azerbaijan, Turki, Iran, Algeria dan Perancis, pembaca dibawa melihat bagaimana institusi, kempen politik dan dasar negara boleh membentuk apa yang dianggap normal. Buku ini membezakan konteks setiap tempat dengan cermat, sambil meneliti pola yang berulang apabila penampilan wanita dijadikan tanda kemodenan dan ketaatan pula dipersembahkan sebagai halangan.

Perbincangan kemudian kembali kepada asas hijab dalam Islam dan harga yang kadang-kadang perlu dibayar untuk terus taat. Kisah keteguhan daripada al-Quran, hadis dan sejarah tidak diletakkan sebagai slogan keberanian semata-mata, tetapi sebagai jalan untuk membina iman, meminta bantuan dan menghadapi tekanan dengan ilmu serta hubungan yang kuat dengan Allah.

Akhirnya, tanggungjawab itu tidak dibebankan kepada Muslimah seorang diri. Lelaki perlu hadir, masyarakat perlu memudahkan amar makruf, dan pemerintah mesti menggunakan kuasa sebagai perisai yang melindungi ketaatan. Ebook ini mengajak pembaca bergerak daripada simpati terhadap satu kes kepada kefahaman tentang aturan hidup yang boleh menjaga agama dan umat.

Ebook percuma

Sedia untuk membaca?

Download terus tanpa borang dan tanpa pendaftaran.