Mockup 3D ebook Apa Punya Manusia — 3 bab percuma

Preview percuma · Ebook berbayar

Apa Punya Manusia

Gelagat kita, soalan tentang diri—dan perjalanan memahami manusia sebelum mengenal arah hidupnya.

Tentang ebook ini

Sinopsis

“Apa punya manusia.” Ayat ini mudah keluar apabila orang memotong barisan, meletakkan kereta sesuka hati atau berkata “aku tak mahu panjang cerita” sebelum menghantar voice note empat minit. Kita menggeleng, mengeluh dan kadang-kadang ketawa. Sampailah kita sedar bahawa dalam senarai manusia yang sedang kita perhatikan itu, ada diri kita sendiri.

Apa Punya Manusia mengajak pembaca mengenali manusia melalui gelagat yang dekat dengan kehidupan Malaysia—di mamak, kenduri, tempat kerja, rumah dan skrin telefon. Di belakang setiap perangai, ada tubuh yang meminta, naluri yang mendesak, akal yang menilai dan keinginan yang kadang-kadang pandai menyamar sebagai alasan.

Tetapi memahami bagaimana manusia bertindak membuka persoalan yang lebih besar. Dari mana kita datang? Mengapa kita diciptakan? Siapa yang menentukan arah hidup, dan bagaimana kita patut menggunakan segala yang ada dalam diri?

Dengan humor, pemerhatian harian dan perbincangan berasaskan pemikiran Islam, buku ini membawa pembaca daripada mentertawakan perangai orang kepada memeriksa dirinya sendiri. Perjalanannya berakhir pada satu ajakan: mengenal Pencipta, memahami amanah kehidupan dan belajar menjadi manusia yang menjalani hidup menurut petunjuk-Nya—walaupun ada hari kita masih tersilap, masih takut dan masih perlu membetulkan langkah.

Pilih cara membaca

Mulakan percuma atau teruskan dengan edisi penuh.

Preview percuma

Preview 3 bab pertama

Mula dengan Bab 1–3. Kenal keperluan biologi, naluri dan akal.

Muat turun preview 3 bab41 halaman · kira-kira 1.2 MB

Edisi penuh · RM6.50

Versi penuh: 12 bab + penutup

E-buku A6 sesuai dibaca di telefon. Termasuk teks Arab ayat al-Quran dan hadis bersama terjemahan.

PDF edisi penuh dan resit dihantar melalui emel selepas bayaran disahkan.